KULAI | Pekerja Grab food maut apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah kereta yang terbabas masuk ke lorong bertentangan.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadi berlaku kira-kira 5.50 petang semalam di KM30 Jalan 313 – Air Hitam.
Katanya, penunggang motosikal itu maut ditempat kejadian manakala pemandu kereta yang tercedera dibawa ke Hospital Kulai.
“Hasil siasatan mendapati kemalangan tersebut disyaki berlaku apabila pemandu kereta jenis honda warna putih dari KM 30 Jalan Johor Bahru — Air Hitam memandu secara laju dari lorong sebelah kiri kemudian terus masuk ke lorong sebelah kanan.
“Ekoran itu kereta Honda tersebut telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian kiri tayar depan kereta jenis Chevrolet yang ketika itu berada di lorong sebelah kanan.
“Kereta jenis Honda berkenaan kemudian telah memasuki lorong bertentangan jalan dan melanggar penunggang motosikal yang berada di laluan tersebut.
Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan dibahagian badan dan kepala telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini.
Kenderaan akan dibawa ke puspakom Senai untuk pemeriksaan.
kes disiasat dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.