Portland | Mereka bukan saja dilahirkan kembar, malah turut mempunyai pasangan yang juga kembar.
Venessa dan Kerissa D’ Arpino dan pasangan masing-masing Lucas dan Jacob Sealby berasal dari Medford, Oregon, Amerika Syarikat.
Pasangan kembar wanita itu pekerja sebagai jurulatih kecergasan, manakala kembar lelaki Bertugas dalam bahagian perubatan sukan.
Persamaan kembar itu ada kalanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan jiran.
Menurut New York Times, keempat-empat mereka berkenalan sejak Jun tahun lalu sebelum berpacaran.
Menurut Vanessa, kisah pertemuan mereka juga agak unik.
Menurutnya, seorang daripada kliennya yang juga jururawat merawat Lucas di unit rawatan kecemasan di sebuah hospital.
“Lucas memberitahu memiliki kembar, jadi klien saya itu fikir mereka adalah pasangan yang sesuai untuk saya dan kembar saya,” katanya.
Venessa akhirnya bersetuju untuk mereka bertemu sebelum mereka mula menjalinkan hubungan yang lebih serius.
“Kami mula berkomunikasi dan rasa akan wujud keserasian sebelum buat keputusan untuk bercinta,” katanya.
Katanya, walaupun kembar, mereka tidak akan terkeliru dengan pasangan masing-masing kerana tahu perbezaan yang jelas antara mereka.