KUALA LUMPUR | Walaupun sibuk mengurus tadbir negara, namun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut meluangkan masa mengagihkan daging korban di sekitar ibu negara, semalam.
Rata-rata penerima daging korban terkejut dengan kehadiran Perdana Menteri ke rumah mereka untuk memberi daging korban.
Video pengagihan daging korban oleh Perdana Menteri yang memakai baju batik tular di laman sosial Facebook dan aplikasi whatsApp.
Lebih mencuit hati apabila seorang kanak-kanak lelaki yang tinggal di Sentul, Kuala Lumpur yang terkejut dan teruja memanggil Perdana Menteri dengan nama Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri sempat bertanya beberapa soalan kepada kanak-kanak itu termasuk bersekolah di mana.
Kanak-kanak itu memberitahu kenal Perdana Menteri kerana melihat di televisyen.
Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang meneruskan pengagihan daging korban ke rumah lain.