KUALA LUMPUR | Program “NO SIT & WAITING YOUR ORDER” di dalam premis-premis perniagaan makanan dan lain-lain akan dilancarkan sebagai salah satu usaha menangani pandemik COVID-19 di negara ini.
Inisiatif berkenaan adalah kesepakatan antara
Jawatankuasa Tertinggi Kelab Anak Muda Nasional (KAMI) bersama peniaga-peniaga di seluruh Malaysia tengah hari tadi menerusi sidang khas Zoom Meeting.
Dalam satu kenyataan hari ini, tindakan terbabit dilakukan setelah meneliti statik penularan kes COVID-19 yang kian menular dalam kalangan masyarakat setempat.
“AJK Tertinggi KAMI dan wakil peniaga di seluruh Malaysia bersependapat bersetuju untuk melakukan Program “NO SIT & WAITING YOUR ORDER” di dalam premis-premis perniagaan makanan dan lain-lain.
“Dalam sidang khas tersebut, Presiden Kelab Anak Muda Nasional – KAMI menyatakan agar ambil pesanan dan minta pelanggan mengimbas MySejahtera dan kekal di dalam kenderaan untuk menjaga keselamatan bersama,” katanya hari ini.
Tegasnya, tiada istilah menyediakan kerusi digubakan untuk pelanggan yang sedang menunggu pesanan mereka.
Katanya, program tersebut akan dilancarkan secepat mungkin dalam kalangan peniaga-peniaga agar bersama berjaya mengurangkan kes penularan COVID-19 di negara ini.
“Dengan harapan agar ianya dapat dilaksanakan secepat yang mungkin dan dapat menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” katanya.
Sementelahan pula, banyak sektor yang dibenarkan beroperasi terutamanya perniagaan dan memberi sedikit nafas untuk peniaga yang baharu ataupun yang sudah lama berniaga kerana ianya adalah satu hasil pendapatan mereka.
Kewujudan pelbagai varian baharu dan lebih ganas sekarang ini perlu diambil ikhtibar selain bersama-sama terus patuhi SOP.
Untuk rekod, semalam sebanyak 12,366 kes baharu direkodkan berbanding 10,972 kes pada hari sebelumnya.