Bangkok | Pejabat Suruhanjaya Pendidikan Asas (Obec) Thailand memerintahkan pengurusan sekolah di seluruh negara itu untuk membenarkan bangunannya dijadikan hospital medan berikutan peningkatan kes Covid-19.
Arahan itu yang dituju kepada semua pegawai pendidikan tinggi, ditandatangani Setiausaha Agung Obec, Amporn Pinasa pada Isnin, menurut sumber suruhanjaya itu yang dilapor Bangkok Post.
Pegawai pendidikan diminta membenarkan bangunan sekolah yang tidak digunakan atau kosong di bawah seliaan mereka diubah suai menjadi hospital, supaya dapat menambah kemudahan rawatan bagi pesakit Covid-19, memandangkan hospital semakin sesak dengan lonjakan kes baharu.
Hospital medan sedia ada yang dibenar merawat kes Covid-19 bergejala ringan turut mengalami kekurangan katil, menurut sumber itu.
Antara sekolah yang dicadang menjadi fasiliti kesihatan adalah bangunan kosong selepas sekolah itu digabungkan dengan sekolah lain berdekatan, selain bangunan sekolah yang tidak dipakai berikutan pelajarnya menjalani sesi pembelajaran di rumah.
Dalam usaha menambah bilangan katil, tentera negara itu sudah membina tiga hospital media masing-masing di Songkhla, Roi Et dan Saraburi, sejak lebih dua bulan lalu.Bangkok: Pejabat Suruhanjaya Pendidikan Asas (Obec) Thailand memerintahkan pengurusan sekolah di seluruh negara itu untuk membenarkan bangunannya dijadikan hospital medan berikutan peningkatan kes Covid-19.
Arahan itu yang dituju kepada semua pegawai pendidikan tinggi, ditandatangani Setiausaha Agung Obec, Amporn Pinasa pada Isnin, menurut sumber suruhanjaya itu yang dilapor Bangkok Post.
Pegawai pendidikan diminta membenarkan bangunan sekolah yang tidak digunakan atau kosong di bawah seliaan mereka diubah suai menjadi hospital, supaya dapat menambah kemudahan rawatan bagi pesakit Covid-19, memandangkan hospital semakin sesak dengan lonjakan kes baharu.
Hospital medan sedia ada yang dibenar merawat kes Covid-19 bergejala ringan turut mengalami kekurangan katil, menurut sumber itu.
Antara sekolah yang dicadang menjadi fasiliti kesihatan adalah bangunan kosong selepas sekolah itu digabungkan dengan sekolah lain berdekatan, selain bangunan sekolah yang tidak dipakai berikutan pelajarnya menjalani sesi pembelajaran di rumah.
Dalam usaha menambah bilangan katil, tentera negara itu sudah membina tiga hospital media masing-masing di Songkhla, Roi Et dan Saraburi, sejak lebih dua bulan lalu.