LARUT | Bagi meringankan beban penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19, bantuan kotak makanan diagihkan kepada penduduk.
Kotak makanan yang terdiri daripada makanan keperluan harian termasuk beras, minyak masak dan tepung gandum.
Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tambahan sebanyak 11,000 bantuan kotak makanan itu sedang diagihkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Larut kepada warga Parlimen Larut.
Katanya, ia menjadikan jumlah keseluruhan bantuan kotak makanan yang telah dan sedang diagihkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Larut kepada 21,000 kotak makanan.
“Mana-mana pihak yang masih belum menerima bantuan kotak makanan tersebut diminta untuk menghubungi Ketua Kampung atau Pusat Khidmat Ahli Parlimen Larut,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.