Oleh Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 78,604 pemeriksaan semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan 4,247 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 17,966 anggota.
Katanya, mereka ditugaskan untuk memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Seramai 525 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam.
“Daripada jumlah itu, seramai 449 individu dikompaun, 68 direman manakala lapan lapan lagi individu telah dijamin.
“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengamalkan kawalan kendiri dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.