Oleh Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin COVID-19 dalam kalangan penduduk negara ini berjumlah 15,517,866 dos sehingga semalam.
Daripada jumlah itu 10,584,885 orang bagi dos pertama dan 4,932,981 orang telah terima dos kedua.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah pemberian vaksin Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah 4,279,720 bagi dos pertama dan 1,400,155 bagi dos kedua.
Katanya, Sarawak merekodkan 1,607,722 bagi dos pertama dan 1,009,637 bagi dos kedua.
“Manakala, jumlah pemberian vaksin semalam adalah berjumlah 446,052 dos.
“Jumlah itu membabitkan 282,980 dos pertama dan 163,072 dos kedua,”katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.