KUALA LUMPUR | Kematian akibat COVID-19 yang dicatatkan semalam adalah sebanyak 199 kes dan merupakan kematian harian tertinggi pernah dilaporkan di negara ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, daripada jumlah itu, 103 adalah golongan lelaki dan 96 perempuan.
Katanya, 157 kematian yang direkodkan mempunyai komorbiditi iaitu mempunyai penyakit lain dan 42 tiada penyakit lain.
“Selangor mencatatkan kematian tertinggi iaitu 84 kes; diikuti Kuala Lumpur 57 kes; Melaka (16); Kedah (12); Negeri Sembilan (7); Pahang dan Johor masing-masing enam kes; Terengganu (3); Pulau Pinang, Perak dan Kelantan masing-masing dua kematian dan Sabah serta Sarawak satu kematian.
“Sebanyak 33 kematian diluar hospital atau Brought-In-Dead (BID) dan 166 meninggal di hospital.
“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya.