By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu terus mencatatkan peningkatan kepada 13,034 kes hari ini, dan menjadikan kumulatif sebanyak 964,918 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 6,049 kes, diikuti Kuala Lumpur 1,611 kes.
“Johor Bharu merekodkan jumlah 791 kes; Negeri Sembilan 711 kes; Kedah 701 kes dan Sarawak 644 kes.
“Negeri lain iaitu Sabah 497 kes; Pulau Pinang (371); Melaka (353); Terengganu (391); Perak (284); Kelantan (240); Putrajaya (100) , Labuan (24) dan Perlis (6) kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.