KUCHING | Sarawak membenarkan penduduk di negeri itu mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ di seluruh Pusat Pemberian Vaksin.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, keputusan itu akan berkuatkuasa 23 Julai.
“Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Sarawak telah memberi kebenaran kepada PPV untuk melaksanakan proses tersebut.
“Bagi orang ramai yang belum menerima temujanji vaksinasi dos pertama mereka boleh dapatkan suntikan secara walk-in,” kata kenyataan itu.
Namun begitu, mereka yang berminat perlu menghubungi bilik gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian bagi mengelakkan kesesakan di PPV.
Mereka yang belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 boleh menghubungi bilik gerakan JPBB mengikut bahagian seperti di Kuching (082-507700/ 082-507022), Samarahan (082-673833), Serian (082-872472), Sri Aman (083-320084), Betong (083-472866) dan Sarikei (084-654396).
Selain itu, Sibu (084-317934/ 084-315653/ 084-322581), Kapit (013-6689968), Mukah (084-872088), Bintulu (086-331742), Miri (085-322737) dan Limbang (085-211744).