PUTRAJAYA | Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel memohon maklumat peribadi mahupun melantik mana-mana pihak ketiga untuk bertindak bagi pihak SPP.
SPP dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah menerima aduan tentang kewujudan e-mel palsu yang memohon maklumat peribadi pernohon-pemohon yang berdaftar dengan pihaknya.
“Untuk makluman, SPP tidak pernah
mengeluarkan sebarang e-mel memohon maklumat peribadi.
“SPP juga tidak pernah melantik mana-mana pihak atau pihak ketiga untuk bertindak bagi pihak SPP,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyatan juga menegaskan, bagi urusan pengambilan khas SPP akan menghubungi pemohon jika terdapat maklumat yang tidak lengkap.
“Pemohon akan diminta untuk rnengemas kini maklumat di dalarn Google DOve tanpa perlu mengemukakan e-mel yang baharu,” katanya.
Justeru, SPP menasihatkan pemohon-pernohon untuk berhati-hati dengan e-mel yang diterima dan tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada mana-mana pihak lain.