KOTA BHARU | Tiga lokaliti di Machang, Kelantan iaitu, Kampung Joh, Kampung Maka dan Kampung Dewan Besar Labok dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Sabtu ini.
Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari kni.
“Sidang Khas MKN telah meneliti pembentangan oleh KKM dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, Kerajaan bersetuju untuk mengenakan PKPD di tiga lokaliti tersebut,” katanya hari ini.
Dalam perkembangan sama, rakyat di Kelantan masih belum boleh ‘bergembira’ meskipun jumlah harian kes COVID-19 di negeri ini menunjukkan sedikit penurunan.
Hari ini sebanyak, 240 kes baharu direkodkan berbanding semalam 386 dicatatkan positif COVID-19.
Sementara itu, jajahan Machang masih lagi kekal berstatus zon merah dengan pertambahan empat lagi kes baharu hari ini.
Kes terkumpul di Machang setakat ini adalah 119 pesakit membabitkan kes tempatan manakala 18 lagi kes import.
SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.
Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn
Journal Malaysia mengharapkan masyarakat di ketiga-tiga lokaliti tersebut terus mematuhi arahan daripada pihak berwajib untuk bersama-sama memutuskan jangkitan virus kepada komuniti luar.