KUALA LUMPUR | Jumlah kematian akibat COVID-19 yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 144 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, lapan daripadanya adalah kes Brought-In-Dead (BID) atau meninggal ketika dibawa ke hospital dan 136 kes meninggal di hospital.
Katanya, kematian itu membabitkan 84 golongan lelaki dan 60 perempuan.
“Sebanyak 119 kematian di kalangan individu yang mempunyai penyakit lain dan 25 kes tiada penyakit lain.
“Negeri Selangor mencatatkan kematian paling tinggi iaitu 66 kes; diikuti Kuala Lumpur 16 kes; Johor (15); Melaka (13); Negeri Sembilan (10); Pahang (8); Kedah (6); Sarawak (3); Pulau Pinang dan Perak masing-masing dua kematian serta Terengganu, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing satu kematian.
“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini.