SYDNEY | Agensi kawalan ubat-ubatan dan makanan Australia meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer untuk golongan kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun.
Menteri Kesihatan Australia, Greg Hunt menerusi kenyataan berkata, Pentadbiran Produk Terapeutik sudah membuat penelitian menyeluruh sebelum meluluskan penggunaan vaksin tersebut kepada golongan kanak-kanak.
Beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Britain juga sudah meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 terhadap golongan kanak-kanak.
Sehingga kini, hanya vaksin Pfizer yang diluluskan untuk untuk kegunaan penduduk di negara yang berusia 16 tahun ke atas.
Dalam pada itu, panel vaksinasi Australia menyatakan pihaknya akan meneliti kumpulan kanak-kanak yang perlu diberi keutamaan vaksin.
Australia setakat ini merekodkan sebanyak 32,400 kes jangkitan dan 915 kematian akibat Covid-19. – REUTERS