KUALA LUMPUR | Jangan pandang remeh tugas anggota pasukan keselamatan yang sentiasa berkhidmat demi memelihara keselamatan, keamanan dan kesejahteraan dalam negara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sekarang ini kita perlu lebih 55,000 anggota keselamatan untuk COVID-19.
Katanya, anggota keselamatan bukan sahaja ditugaskan untuk COVID-19, malah membendung jenayah lain.
“Cuba kita fikirkan masalah jenayah yang lain juga kita (anggota keselamatan) perlukan nak jaga termasuk balai, jaga masyarakat, jangan nampak kat sekatan jalan raya (SJR) sahaja.
“Nak jaga dekat lokap, yang nak jaga dan pergi tangkap yang melakukan kesalahan lain.
“Masalah narkotik, Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), masalah orang curi duit berjuta-juta, malah bilion pun ada,” katanya menerusi sesi siaran langsung di laman Facebook di sini.
Mengulas lanjut beliau berkata, semua keselamatan dalam negara dan cuba fikir tekanan anggota keselamatan.
“Kalau kita dapat bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi sokongan.
“Mereka melaksanakan tugas serta amanah dengan ikhlas tanpa mengenal erti penat dan lelah. Hanya Allah SWT dapat membalas pengorbanan mereka,” katanya.