By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak pegawai perubatan dan pegawai pergigian untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas.
Beliau berkata, ia termasuk mereka yang diterima bekerja mengikut pengajian kepakaran dalam tempoh dua tahun pertama kontrak masing-masing.
“Langkah ini bagi memastikan pegawai berkenaan berjaya melengkapkan pengajian kepakaran masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, lebih 23,000 pegawai perubatan kontrak tidak diserapkan dalam perkhidmatan perubatan selepas mereka tamat pengajian dan melakukan ‘housemanship’ sejak tahun 2016.
Sekumpulan pegawai perubatan kontrak akan melakukan mogok akhir bulan ini jika kerajaan tidak menyelesaikan isu penempatan tetap mereka