By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu terus mencatatkan peningkatan kepada 15,573 kes hari ini, sakaligus mencatatkan rekod harian tertinggi.
Ini menjadikan kumulatif kes sebanyak 980,491 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 7,672 kes dan Kuala Lumpur turut merekodkan peningkatan kepada 2,063 kes.
“Kedah merekodkan jumlah 937 kes; Johor Bharu 722 kes; Negeri Sembilan 682 kes dan Pulau Pinang 530 kes.
“Negeri lain iaitu Sabah 530 kes; Sarawak (461); Pahang (457) ; Melaka (452); Perak (415); Kelantan (372); Putrajaya (41) , Labuan (21) dan Perlis (3) kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.