By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Secara keseluruhannya 67.61 peratus guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, bagi guru kelas peperiksaan khususnya, seramai 85.17 peratus daripada kumpulan guru ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Katanya, bagi kakitangan sekolah pula, 54.52 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
“Usaha sedang dipergiat bagi meningkat kadar vaksinasi di kalangan kakitangan sekolah.
“Syabas dan terima kasih diucapkan kepada seluruh tenaga kerja semua yang terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk mempercepatkan pemberian vaksin kepada guru dan kakitangan sokongan sekolah,” katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini.
Beliau berkata, yakinlah, cahaya semakin terang di hujung terowong. Tingkatkan semangat kebersamaan untuk menang bersama.