KUALA LUMPUR | Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyeru kepada semua yang mengalami masalah pemasaran hasilan pertanian ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk melayari portal FAMA Feedback System (http://ffs.fama.gov.my/aduan/index.php).
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, peniaga yang bermasah juga boleh menghubungi talian hotline FAMA di 019-7476754/013-3777100/010-7632684.
Sementara itu, Robald berkata, berhubung video tular isu lambakan durian yang tidak dapat dijual di Ijok dan Batu Kurau Perak juga telah dirungkaikan pihak FAMA.
“FAMA Negeri Perak bersama-sama, Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Bekalan Makanan Negeri Perak, Razman Zakaria, turun berjumpa dengan peniaga tersebut bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaannya.
“Setelah berjumpa bagi mendapatkan penjelasan dari peniaga tersebut, jelas beliau mengakui agak beremosi ketika membuat video yang ditularkan tersebut dan beliau juga menyatakan kenyataan yang dibuat mengenai FAMA adalah tidak tepat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tular satu video di media sosial berkenaan lambakan buah durian yang tidak dapat dijual di Ijok dan Batu Kurau, Perak oleh seorang peniaga iaitu Mohd Firdaus Endut, 41, yang mendakwa FAMA tidak membantunya ketika beliau mengalami masalah pemasaran akibat PKP.
Ronald berkata, pada kesempatan sama juga FAMA telah membantu pengusaha durian tersebut dalam memasarkan raja buah tersebut dan menawarkan fasiliti simpanan kepada beliau sekiranya memerlukan.
Turut dilaporkan, peniaga tersebut, Mohd Firdaus bagaimana pun kesal serta menyedari kesilapannya apabila memuat naik video berkenaan dalam keadaan emosi.
Jelasnya, disebabkan beremosi dalam video itu tanpa disedari dia telah mengeluarkan perkataan tanpa sengaja mengatakan FAMA tidak pernah datang membantunya.
Lambakan buah durian pada hari tersebut disebabkan sambutan AidilAdha menyebabkan dia tidak dapat membawa keluar buah-buah tersebut dan FAMA telag membeli kira-kira tiga tan buah durian selepas video tular.