Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Momota sedia penampilan pertama di Olimpik
    Sukan

    Momota sedia penampilan pertama di Olimpik

    adminBy admin23/07/2021Updated:23/07/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Tokyo | Digantung di Rio kerana berjudi dan hampir bersara selepas kemalangan kereta tahun lalu – bintang badminton Jepun, Kento Momota sebaliknya sudah bersedia untuk kemunculan pertama di Olimpik.

    Pemain nombor satu dunia itu adalah antara atlet tuan rumah berpotensi memenangi pingat di Tokyo.

    Dia pastinya bersyukur apabila pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahagian mata selepas terbabit kemalangan pada Januari 2020.

    Momota berkata dia “patah semangat” ketika dalam proses pemulihan selepas kemalangan – insiden yang berlaku beberapa jam selepas menjuarai Masters Malaysia – yang turut menyebabkan pemandu kenderaan membawanya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, terbunuh.

    Dia mengalami masalah penglihatan dan memerlukan pembedahan berhampiran bahagian mata yang menangguhkan kemunculannya kembali ke gelanggang sehingga menimbulkan kebimbangan kariernya bakal berakhir.

    “Saya memikirkan mengenai perkara itu. Berapa lama ia akan ambil masa untuk pulih?” katanya pada Mac tahun lalu, apabila ditanya sama ada dia bimbang jika tidak dapat beraksi semula.

    “Terdapat juga masa apabila semangat saya luntur.”

    Tapi pemain berusia 26 tahun itu dilaporkan berjaya pulih sepenuhnya, dan dia bakal membuat penampilan pertama di Olimpik sebagai pemain pilihan untuk memenangi pingat emas.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHend harungi detik sukar sebelum ke Olimpik
    Next Article Muhyiddin yakin MBM akan terus bekerja rapat dengan kerajaan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Luqman ledak gol pertama bersama Njardvik

    21/04/2023

    PSBNK azam mantapkan sukan Boksing di Kelantan

    14/03/2023

    Liverpool belasah Manchester United 7-0

    06/03/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.