KUALA LUMPUR | Penerima vaksin boleh merakam kenangan mereka menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya pastikan prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada iaitu untuk tunjuk kepada penerima vaksin picagari yang sudah diisi dengan kuantiti yang sempurna serta suntikan itu berlaku.
Katanya, kebenaran itu daripada beliau dan Menteri Kesihatan sendiri.
“Sekiranya ada arahan untuk tidak diberikan kemudahan ini (rakam kenangan), sekarang ini penerima vaksin boleh mengambil video suntikan vaksin mereka.
“Saya harap perkara ini dapat diselesaikan di sini sebab saya tidak mahu mengganggu kesungguhan petugas barisan hadapan dalam melaksanakan tugasan mereka.
“Yang sedikit sebanyak terganggu dalam dua tiga hari ini,” katanya dalam sidang media secara maya di sini, hari ini.