KUALA LUMPUR | Pesakit COVID-19 dalam kalangan golongan muda menunjukkan peningkatan yang ditempatkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) berbanding golongan warga emas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia berdasarkan laporan yang diterima daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) kesihatan awam dan CPRC khidmat hospital.
Katanya, jumlah kes harian yang berada dalam rekod, katil di hospital terutama di ICU dan yang menggunakan ventilator mencatatkan penambahan.
“Daripada laporan kita terima kumpulan umur lebih muda misalnya 40 dan 50 tahun dilihat lebih banyak memenuhi ICU berbanding warga emas berusia 60 tahun dan ke atas,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.