By HIDAYAH AZALI
KUALA LUMPUR | Semua vaksin yang diluluskan untuk penggunaan di Malaysia adalah selamat dan berkesan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebooknya memaklumkan yang paling bagus adalah vaksin paling awal yang ditawarkan kepada anda.
Menerusi info grafik KKM memaklumkan keberkesanan vaksin Sinovac dan Pfizer iaitu dari segi mengurangkan jangkitan masing-masing 65.9 peratus dan 64 peratus.
“Dari segi mengurangkan kemasukan ke hospital, Sinovac 87.5 peratus dan Pfizer 93 peratus.
“Mengurangkan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) Sinovac 90.3 peratus dan Pfizer 93 peratus. Mencegah kematian Sinovac 86.3 peratus,” katanya
Katanya, pengambilan vaksin untuk melindungi komuniti daripada penyakit COVID-19 yang teruk adalah prioriti sekarang.