KOTA BHARU | Kes harian COVID-19 di Kelantan hari ini mencatatkan peningkatan mendadak iaitu 502, sekaligus memintas empat negeri lain.
Berdasarkan infograrik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berbanding semalam Kelantan hanya merekodkan 372 kes berada di bawah Perak, Pahang, Terengganu dan Sarawak.
Merujuk statistik KKM hari ini pula, Kelantan mengatasi keempat-empat negeri tersebut dan menunjukkan trend meningkat sejak Aidiladha lalu.
Perak mencatatkan 469 kes, Pahang pula 406, Terengganu 267 manakala Sarawak 261 kes.
Sehingga kelmarin Kelantan mencatatkan 255 kematian COVID-19.
Sementara itu, KKM juga memaklumkan kelmarin terdapat enam kluster baharu yang kesemuanya membabitkan komuniti.
Kluster berkenaan adalah, Kluster Kg Bukit Merbau, Kluster Kg Banggol Pak Esah, Kluster Kg Jambu Panji, Kluster Kg Paloh Pintu Geng, Kluster Kg Baru Bukit Kecil Labok dan Kluster Kerilla (Kluster Komuniti)
Kes komulatif di Kelantan sehingga hari ini bertambah kepada 39,407.
Journal Malaysia juga terus mengharapkan semoga seluruh masyarakat di Kelantan mengutamakan lockdown kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Keluar jika ada urusan penting dan sentiasa menjaga kebersihan diri.