KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin COVID-19 di negara ini sehingga semalam adalah 16,487,158 dos.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah yang menerima dos pertama ialah 11,222,398 orang.
Katanya, daripada jumlah itu, 5,264,760 orang telah menerima suntikan dos kedua.
“Pemberian vaksin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor bagi dos pertama dicatatkan sebanyak 4,579,539 dos manakala 1,541,128 bagi dos kedua.
“Sarawak mencatatkan 1,627,318 bagi dos pertama dan 1,090,869 dos kedua serta Johor 816,402 dos pertama dan 394,510 dos kedua.
” Kelantan 347,548 dos pertama dan 214,311 dos kedua,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.
Katanya, jumlah pemberian vaksin semalam pula mencatatkan 462,242 dos iaitu 301,536 bagi dos pertama dan 160,706 dos kedua.