Oleh Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu terus melonjak naik kepada 15,902 kes hari ini berbanding 15,573 kes semalam.
Ini sekaligus mencatatkan rekod harian tertinggi dengan kumulatif kes sebanyak 996,393 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 7,351 kes dan Kuala Lumpur turut merekodkan peningkatan kepada 2,406 kes.
“Kedah merekodkan jumlah 867 kes; Johor Bharu 804 kes; Sabah 712 kes dan Melaka 631 kes.
“Negeri lain iaitu Negeri Sembilan 625 kes; Pulau Pinang (505); Kelantan (502) ; Perak (469); Pahang (406); Terengganu (267) ; Sarawak (261) ; Putrajaya (59) , Labuan (30) dan Perlis (7) kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.