KUALA LUMPUR | Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sembilan lokaliti di Perak, Kedah, Pahang dan Sabah bermula Isnin ini hingga 8 Ogos depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dua lokaliti di Kinta, Perak membabitkan Medan Klebang Restu (Mukim Chemor) dan Bandar Pulai Jaya (Mukim Sg Raia) dikenakan PKPD.
Beliau berkata, masing-masing satu lokaliti di Blok 5 FELDA Karating 7 di Muadzam Shah, Rompin, Pahang; dan Asrama Pekerja dan Tapak Bina Hospital Pendang, Pendang, Kedah.
“Di daerah Beaufort, Sabah, terdapat dua lokaliti dikenakan PKPD iaitu Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias.
“Di Sabah juga, masing-masing satu lokaliti di Perumahan Ladang Kim Loong, Beluran; Kampung Tungkang, Kudat; dan Kampung Telisai, Tungku, Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini dan maklumat lanjut boleh diakses di laman web MKN di www.mkn.gov.my.
Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan memutuskan menamatkan PKPD di tujuh lokaliti di Sabah.
“Ia membabitkan Ql Farm Membalua, Tawau; Kampung Pikat, Bongawan, Papar; Penjara Kepayan, Kota Kinabalu; serta Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud.
“Tiga lagi lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kampung Suang Parai, Taman Kingfisher Sulaman, dan Bandaran Berjaya ditamatkan,” katanya.
Tamat