TANAH MERAH | Kadar vaksinasi di Kelantan setakat ini mencatatkan seramai 350,000 yang sudah menerima suntikan vaksin bagi dos pertama.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, angka itu adalah 18 peratus daripada populasi yang berdaftar.
Katanya, penggunaan vaksin di negeri ini adalah 99 peratus daripada bekalan yang dihantar oleh kerajaan.
“Manakala jumlah suntikan vaksin setiap hari dianggarkan antara 13,000 hingga 15,000 dos.
“Kapasiti suntikan vaksin di Kelantan adalah 30,000 dos sehari, jadi kita masih ada ruang jika bekalan vaksin meningkat.
“Kita menggalakkan orang ramai supaya terus daftar untuk mendapatkan vaksin. Jika mereka belum daftar boleh berdaftar dengan sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV),” katanya.