TANAH MERAH | Sambutan hari raya Aidiladha dan pasar lama menjadi punca peningkatan kes Covid-19 di Kelantan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kewujudan kluster-kluster itu menyebabkan kes meningkat dengan mendadak.
Katanya, peningkatan kes setiap hari membimbangkan, namun pihaknya sentiasa memantau.
“Mungkin kelmarin ada peningkatan yang agak mendadak yang disebabkan aktiviti hari raya dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Outreach Imunisasi Covid-19 Kebangsaan du Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Bunga di sini, hari ini.
Seramai 400 individu akan menerima vaksin di program itu yang diadakan selama dua hari yang bermula hari ini. Yang turut hadir, Adun Bukit Bunga, Datuk Mohd Adhan Kecik.