KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin COVID-19 yang direkodkan adalah sebanyak 16,904,896 dos sehingga semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah yang menerima dos pertama ialah 11,507,070 orang.
Katanya, daripada jumlah itu, 5,397,826 orang telah terima dos kedua.
“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor mencatatkan pemberian vaksin sebanyak 4,711,715 bagi dos pertama dan 1,597,181 dos kedua.
“Sarawak mencatatkan 1,644,583 dos pertama dan 1,118,715 dos kedua,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.
Beliau berkata, jumlah pemberian vaksin semalam mencatatkan 417,738 dos iaitu 284,672 dos pertama dan 133,066 dos kedua.