Oleh Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu terus mencatat peningkatan tertinggi 17,045 kes berbanding 15,902 kes, semalam.
Ini sekaligus mencatatkan rekod harian tertinggi dengan kumulatif kes sebanyak 1,013,438 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 8,500 kes dan Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 2,045 kes.
“Kedah merekodkan jumlah 1,216 kes; Johor Bharu 950 kes; Sabah 818 kes dan Perak 609 kes.
“Negeri lain iaitu Pulau Pinang 573 kes; Negeri Sembilan (513); Pahang (424) ; Sarawak (407); Melaka (370); Terengganu (273) ; Kelantan (266) ; Putrajaya (50) , Labuan (21) dan Perlis (10) kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.