Oleh Nor Shazleza Shahril
JELI | Seorang warga emas yang dilaporkan sesat dalam hutan selepas keluar mencari lembunya pagi tadi ditemui selamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba Mohd Adni Ibrahim berkata, kerja-kerja menyelamat dan mencari mangsa, Abdullah Che Kob, 74, di sekitar Kampung Tebing Timbah, Bukit Selar, di sini.
“Pihak bomba menerima laporan daripada anaknya pada jam 1.46 petang untuk membantu mengesan mangsa yang tersesat dalam hutan terbabit.
“Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli digerakkan ke lokasi kejadian
dan mengunakan kaedah membunyikan siren kenderaan Bomba agar mangsa dapat mencari jalan keluar memandangkan mangsa dapat dihubungi melalui talian telefon.
“Operasi mencari dan menyelamat diteruskan sehingga mangsa ditemui sekitar jam 3.15 petang dalam keadaan selamat namun keletihan.
“Mangsa diberi minum air dan kemudian di bawa keluar dari hitan tersebut,”katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.