BALIK PULAU | Seramai 30 ahli baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyerahkan borang kepada Ketua Bahagian BERSATU Balik Pulau, Zolkifly Md Lazim di atas sebuah bas.
Borang berkenaan diserahkan oleh
Ketua Cawangan Teluk Awak, Elias Mydin.
Borang ahli itu diserahkan sempena program ‘Bas angkut Vaksin’ di Teluk Bahang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balik Pulau.
Laman Facebook BERSATU Balik Pulau memaklumkan, seramai 22 orang warga emas terima khidmat Bas Rapid yang digunakan khas untuk mengangkut penerima vaksin dari Teluk Bahang ke Balik Pulau iaitu sejauh 20 kilometer.
Katanya, program ‘angkut’ anjuran Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang telah menjadi buah mulut orang ramai dan menarik minat ramai penduduk untuk menyertai Parti BERSATU dan Perikatan Nasional (PN).
Penduduk ucap berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa membantu.