KUALA LUMPUR | Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 82,249 pemeriksaan kelmarin.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan 4,243 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 18,934 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, seramai 482 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.
“Daripada jumlah itu, seramai 457 individu dikompaun, manakala 11 lagi direman dan 14 dijamin.
“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengamalkan kawalan kendiri dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,” katanya menerusi laman Facebook di sini.