PUTRAJAYA | Bagi membantu pesakit COVID-19 yang menerima rawatan di hospital, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) membantu menghantar tangki oksigen ke Hospital Selayang.
APM menerusi laman Facebook memaklumkan, anggota APM Putrajaya telah membantu dalam tugasan penghantaran 50 biji tong oksigen ke hospital itu.
Katanya, ia berikutan Hospital Selayang yang telah kehabisan tangki oksigen.
“Sebanyak 50 biji tong oksigen telah berjaya dihantar ke hospital tersebut.
“Tahniah dan syabas kepada semua. Kita akan terus berbakti untuk masyarakat dan negara,” katanya.