Oleh Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu menurun kepada 14,516 kes berbanding 17,045 kes, semalam.
Ini sekaligus mencatatkan kumulatif kes sebanyak 1,027,954 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan sedikit penurunan angka berbanding semalam iaitu 6,508 kes dan Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 1,425 kes.
“Johor Bharu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 1,449 kes ; Kedah 1,160 kes; Sabah 720 kes dan Perak 590 kes.
“Negeri lain iaitu Pulau Pinang 402 kes; Negeri Sembilan (452); Pahang (386) ; Sarawak (356); Melaka (373); Terengganu (245) ; Kelantan (346) ; Putrajaya (94) , Labuan (8) dan Perlis (2) kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.