SERAMAI tujuh ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) telah dilantik oleh Yang diPertuan Agong bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 15 Julai 2021 hingga 14 Julai 2024.
Pelantikan tersebut adalah atas nasihat Perdana Menteri selaras dengan peruntukan Seksyen 14 Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Kesemua yang dilantik adalah terdiri daripada kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang
mewakili parti kerajaan dan parti pembangkang.
Ahli-ahli JKMR terdiri daripada:
- YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim (Pengerusi)
Yang di-Pertua Dewan Negara - YB Senator Tuan Ir. Md Nasir Hashim
Ahli Dewan Negara - YB Senator Puan Hajah Raj Munni Sabu
Ahli Dewan Negara - YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad
Ahli Dewan Negara - YB Senator Tuan Zaiedi Haji Suhaili
Ahli Dewan Negara - YB Tuan Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang - YB Tuan Wong Hon Wai
Ahli Parlimen Bukit Bendera
Ahli JKMR berperanan untuk menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek masalah rasuah
dalam negara dan memeriksa Laporan Tahunan SPRM.
Selain itu, JKMR juga dikehendaki memeriksa ulasan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
(LPPR) tentang perjalanan oleh suruhanjaya ini akan fungsi di bawah Akta SPRM 2009 dan
mendapatkan penjelasan mengenai Laporan Tahunan SPRM serta ulasan LPPR.
Semoga dengan pelantikan ahli JKMR dapat membantu memenuhi harapan masyarakat terhadap
kebebasan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti suruhanjaya ini dalam penunaian
fungsi-fungsinya.
Surat cara pelantikan bagi ahli JKMR tersebut telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri
Dato’ Haji Mahiaddin Hj Md Yasin sambil disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam
Baki di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA