KUALA LUMPUR | Menakutkan apabila kematian akibat kes COVID-19 meningkat dan semakin membimbangkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 207 kematian akibat COVID-19 semalam.
Katanya, kematian itu membabitkan 126 lelaki dan 81 wanita.
“Sebanyak 160 kematian adalah dalam kalangan individu yang mempunyai komorbiditi atau penyakit lain dan 47 kematian pula tiada penyakit lain.
“Negeri yang merekodkan kematian paling tinggi iaitu Selangor 57 kematian dan diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 52 kes.
“Johor mencatatkan 24 kematian, Kedah 19 kes; Melaka 18 kes; Negeri Sembilan (14); Pahang (7); Sabah (6); Perak (5); Pulau Pinang (3) dan Terengganu (2),” katanya menerusi laman Facebook di sini.
Menurutnya, 14 daripada kematian itu adalah adalah Brought-In-Dead (BID) atau kematian di luar hospital.
“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya.