Oleh Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu melonjak naik kepada 16,117 kes berbanding 14,516 kes, semalam.
Ini sekaligus mencatatkan kumulatif kes sebanyak 1,044,071 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih merekodkan angka tertinggi harian 6,616 kes dan Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 2,457 kes.
“Kedah mencatatkan sebanyak 1,000 kes; Johor Bharu (907) ; Sabah 741 kes dan Melaka 674 kes.
“Negeri lain iaitu Pulau Pinang 618 kes; Negeri Sembilan (669); Kelantan (592) ; Perak (583); Sarawak (405); Pahang (403) ; Terengganu (317) ; Putrajaya (122) , Labuan (11) dan Perlis (2) kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.