By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Seramai 355 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) menerusi Task Force Operasi Pematuhan, semalam.
Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dalam operasi itu sebanyak 330 dikompaun.
Katanya, pada masa yang sama 25 individu dikenakan reman.
“Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 19,315 anggota telah melaksanakan 85,520 pemeriksaan dan snap check COVID-19.
“Ianya bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan SOP di seluruh negara,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.