JAKARTA | Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) mendedahkan bilangan kanak-kanak yang terpaksa berhenti bersekolah meningkat sepanjang pandemik Covid-19.
Lapor Suara.com, sejak 6 Mac lalu dilaporkan sebanyak 34 murid berhenti sekolah disebabkan tidak mampu membayar yuran persekolahan.
Kebanyakan murid tersebut datang daripada keluarga miskin.
Menurut KPAI, angka itu dijangka lebih banyak kerana berdasarkan data dari Agensi Statistik Pusat (BPS), satu daripada 1,000 murid sekolah rendah tercicir pada 2020.
Manakala, 10 daripada 1,000 pelajar sekolah menengah terpaksa berhenti sekolah.
Peningkatan bilangan murid yang berhenti sekolah akibat faktor kemiskinan.
Laporan BPS turut menunjukkan bilangan murid miskin mencecah 26.4 juta orang. SUMBER: AGENSI