JAKARTA | Indonesia diramal menjadi negara terakhir di dunia yang keluar daripada pandemik Covid-19 sekiranya tiada strategi nasional luar biasa dan konsentrasi terhadap pemulihan kesihatan.
Lapor Suara.com, polisi kerajaan dilihat lebih banyak memfokuskan politik dan ekonomi berbanding soal kesihatan.
Berdasarkan pemerhatian polisi awam, situasi itu dikhuatiri menyebabkan kepercayaan masyarakat terhakis kepada kerajaan dan menjadi punca protes.
Bagaimanapun, kerajaan Indonesia menolak ramalan itu dan berjanji memberikan dana tambahan kepada sektor kesihatan menerusi bajet 2022.
Kerajaan Indonesia sudah mengemukakan lima polisi sepanjang pandemik Covid-19.
Bermula dengan Sekatan Sosial Skala Besar (PSBB) pada Mac tahun lalu sehingga pelaksanaan Penguatkuasaan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) bermula Januari lalu. SUMBER: AGENSI