By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu melonjak naik kepada 17,405 kes berbanding 16,117 kes semalam sekaligus merekodkan angka harian tertinggi hari ini.
Ini sekaligus mencatatkan kumulatif kes sebanyak 1,061,476 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih merekodkan angka tertinggi harian 7,171 kes dan Kuala Lumpur turut mencatatkan peningkatan sebanyak 2,880 kes.
“Kedah mencatatkan sebanyak 1,112 kes; Sabah (913) ; Negeri Sembilan 863 kes dan Johor Bharu 767 kes.
“Negeri lain iaitu Pulau Pinang 760 kes; Kelantan (532) ; Melaka (531) ; Terengganu (490); Sarawak (464); Pahang (429) ; Perak (406) ; Putrajaya (68) , Labuan (16) dan Perlis (3) kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.