KUALA LUMPUR | Sebanyak 10 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang dikenal pasti di mana kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 439 kes.
Katanya, daripada jumlah itu, 419 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah Variant of Interest (VOI).
“Secara keseluruhan, terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 199 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappabdan tiga kes varian Eta.
“Varian Beta termasuklah 48 kes di Selangor, 44 di Sarawak, 24 di Kelantan, 16 di Perak, 14 di Kedah dan 10 kes di Johor.
“Varian Delta pula termasuk 93 kes di Sarawak, 18 kes masing-masing di Pahang dan Selangor serta 14 kes di Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini.
Beliau berkata, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan kajian secara berterusan untuk mengenal pasti kes varian baharu.