Oleh Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu mencatatkan sedikit penurunan kepada 17,170 kes berbanding 17,405 kes, semalam
Ini sekaligus mencatatkan kumulatif kes sebanyak 1,078,646 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih merekodkan angka tertinggi harian 7,163 kes dan Kuala Lumpur turut mencatatkan sebanyak 2,138 kes.
“Kedah mencatatkan sebanyak 1,212 kes; Johor Bharu (1,054) ; Negeri Sembilan 884 kes dan Sabah 776 kes.
“Negeri lain iaitu Pahang 638 kes; Kelantan (615) ; Perak (596) ; Sarawak (582); Pulau Pinang (554); Terengganu (437) ; Melaka (416) ; Putrajaya (84) , Labuan (11) dan Perlis (10) kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.