KUALA LUMPUR | Perlaksanaan majlis akad nikah hanya dibenarkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur, Cawangan Putrajaya dan Labuan, serta masjid kariah yang terpilih, berkuatkuasa 1 Ogos ini.
Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, ketetapan itu dibuat untuk maslahah umat Islam di Wilayah Persekutuan bagi melaksanakan Majlis Akad Nikah dalam tempoh Fasas 1, Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Katanya, pelaksanaan majlis berkenaan hanya dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin daripada JAWI.
“Pihak yang terbabit hendaklah membuat janji temu dengan JAWI Kuala Lumpur, Cawangan Putrajaya dan Labuan serta masjid terpilih terlebih dahulu bagi mendapatkan tarikh akad nikah.
“Kehadiran ke masjlis akad nikah terhad kepada tiga orang iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali.
“Jurunikah dan dua saksi adalahh daripada piak JAWI atau masjid berkenaan,” katanya.
Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab kepada pendaftar atau penolongnya di Wilayah Persekutuan untuk memastikan pasangan dan wali menjalani ‘swab test/ terlebi hdaulu serta mematui SOP yang dikeluarkan MKN serta pengurusan tertinggi JAWI.
Tamat