KUALA LUMPUR | Malaysia menerima 415,000 dos vaksin AstraZeneca secara percuma daripada United Kingdom.
Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau dimaklumakan oleh rakan sejawatnya, Setiausaha Luar dan Hal Ehwal Komanwel United Kingdom, TYT Dominic Raab.
Katanya, Dominic yang mengumumkan sumbangan vaksin berkenaan.
“Kerajaan United Kingdom berbesar hati untuk menyumbang 415,000 dos vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca secara percuma kepada Malaysia.
“Alhamdulillah, Malaysia amat menghargai keprihatinan rakan-rakan dan menganggap sumbangan ini sebagai satu lagi nilai dan makna persahabatan akrab antara kedua-dua negara sejak sekian lama,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini.
Hishammuddin berkata, semoga usahama Malaysia-United Kingdom kekal utuh terutama dalam usaha menangani cabaran pandemik ketika ini.
“Terima kasih Dominic Raab dan Kerajaan United Kingdom,” katanya.