KUALA LUMPUR | Polis mengingatkan masyarakat bahawa prosedur operasi standard (SOP) mengenai pergerakan dan larangan pengajuran apa-apa majlis sosial masih dikuatkuasa di negeri di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan 2.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah, berkata SOP dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu dipatuhi bagi melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19.
Justeru, beliau mengingatkan tiada rentas negeri dan daerah kecuali bagi tujuan yang dibenarkan.
“Dua orang saja wakil isi rumah dibenarkan keluar untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman.
“Selain itu, maksimum tiga orang saja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan, ujian saringan, program vaksinasi, keselamtan dan kecemasan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya.
“Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau sistem pesanan ringkas (SMS),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, apa-apa akktiviti sosial yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan adalahh tidak dibenarkan.
“Dalam peranan mendudkung hasrat kerajaan bagi memerangi wabak Covid-19, polis kekal komited dan akan meneruskan pemantauan pematuhan SOP demi keselamatan kesihatan masyarakat.
“Mana-mana individu yang didapati sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan akan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 19988 (Akta 342),” katanya