By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu menunjukkan trend menurun dengan mencatatkan sebanyak 16,840 kes berbanding 17,170 kes, semalam
Ini sekaligus mencatatkan kumulatif kes sebanyak 1,095,486 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih merekodkan angka tertinggi harian 6,092 kes dan Kuala Lumpur turut mencatatkan sebanyak 2,114 kes.
“Kedah mencatatkan sebanyak 1,2811 kes; Johor Bharu (1,104) ; Negeri Sembilan 1,079 kes dan Sabah 1,066 kes.
“Negeri lain iaitu Perak 810 kes ; Pulau Pinang (689) ; Kelantan (656) ; Melaka (581); Pahang (540); Sarawak (450) ; Terengganu (258) ; Putrajaya (100) , Labuan (7) dan Perlis (13) kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.